There is Always A Story Left Behind

'It's hard to forget someone who gave you so much to remember'

Hello & Assalamualaikum.

Oh my oh my, rupanya dah lebih sebulan Wahidaa clash and pegang title single/mak jande KAHKAHKAH. Tak tahu la sebenarnya nak kena happy ke sedih =,=" So awak macam mana perasaan jadi duda hot malaya? (hot ker?) Awak kan spesies jambu air macam tu, mesti ramai lah yang tangkap leleh dengan awak kan kan? (kalau tak perempuan, laki pun awak bedal saya rasa). Tak larat dah saya nak menghipokritkan diri pura-pura tak ambil peduli pasal awak. In fact, saya rindu awak, saya rindu kita. Memang kerat kuku la kan kalau saya cakap saya tak rindu awak langsung. No worries awak, saya buat entry ni bukan nak memujuk rayu awak untuk kita jadi macam dulu balik. Saya dah boleh terima hakikat, everything's over between us.

Walaupun baru sebulan kita clash dengan rasminya, saya rasa saya dah menjanda dari May lagi. Before your birthday lagi, masa saya pergi hantar birthday cake awak dekat rumah, saya dah rasa kosong sangat masa tu. Saya pun tak tahu mana kekuatan saya dapat untuk pijak rumah awak lagi, borak dengan kakak awak macam tak de pape jadi. Tapi saya memang macam tu awak, suka sorok perasaan sendiri untuk bahagiakan orang. Tak pe kalau malam malam saya nangis bawah selimut sorang sorang :)

Dari May lagi kan awak dah jarang text saya, call tak yah cakap la sebab dah memang selalu jarang. Nak jumpa memang lagi la tak kan. Semua benda nak mengelak. Macam macam alasan. Lepas awak balik exam and submit report, saya tunggu tiap hari mana la tahu kan awak nak ajak saya jumpa macam biasa. Tapi tak de pun, sampai awak nak gi induksi tetap jugak tak jumpa. Last last saya mengalah, buang ego jauh jauh, saya text awak,

Awak, saya gi KB petang ni, kena jaga booth syarikat kat stadium, kita jumpa et?

Awak tak reply pun text saya. Saya buang lagi ego yang ada, saya call awak pulak. Dengan tak bersalahnya awak cakap dah on the way nak gi KL. Sumpah masa tu saya tak tahu nak cakap ape dah, air mata turun tanpa disuruh, tak kisah langsung dah kat orang yang pandang. Rupanya memang dari masa tu lagi saya dah tak de nilai langsung kat mata awak :)

Tapi dengan hati yang hancur tu pun saya harap lagi akan ada satu hari awak akan datang balik kat saya, kita akan baik balik macam biasa. Setiap kali ada mesej masuk, hati saya mesti berdebar debar, berharap sangat mesej tu dari awak, cepat cepat saya tengok, tapi bila tengok notification LED tu merah, kecewa lagi saya. Notification LED awak warna pink. Terus saya malas nak tengok mesej tu dari siapa. Bila bangun tido pagi pagi, saya mesti check phone, tengok inbox, sebab saya rasa malam tu kita mesej, kita dah baik macam biasa. Tapi tak de pun, oh mimpi rupanya :)

Tak pe la awak, tak semua kena cerita kat sini kan, even entry yang pasal kita dulu pun dah selamat saya delete, buat apa saya nak tambah lagi kan. Some stories will remain mine, sakit yang tak kan saya lupa sampai bila bila :) Tapi awak tak yah risau, saya tak de nye nak bomohkan awak supaya balik kat saya. Tak pe awak dah tak perlukan saya, tak pe awak dah tak sayang saya, tak pe awak tak rindu saya, saya kan wanita berhati kental =.=''

Awak tahu tak, dengan semua sakit yang awak bagi dekat saya tu, satu je yang mampu saya buat sekarang, senyum dan move on even dengan beban yang terlalu berat dan menyakitkan :)


Till then, bye.
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment