Moving Forward

Assalamualaikum


Sekadar ingatan untuk diri aku. Supaya one day bila aku baca balik, aku boleh ingatkan diri aku bahawa aku pernah dikecewakan dengan dasyatnya, and how I manage to collect back all the broken pieces, cantumkan balik, and mulakan hidup baru. 

Trust me sayang sayang sekalian yang sedang kecewa, yang sedang putus harapan, yang sedang rasa hidup ni tak de makna, it just the matter of time to heal all the pains. Tak mungkin seminggu tu cukup nak hapuskan segala kesakitan, bertahun tahun bercinta bagai nak rak, pastu dikecewakan, then ko bagi yourself seminggu je untuk recover, come on jangan nak merepek sangat. In fact aku sendiri pun need almost setahun nak recover. Setahun yang terlalu meletihkan, yang terlalu menyakitkan, yang terlalu menyeksakan, tapi once you are so done with all the pains, tu lah sebenarnya nikmat yang maha dasyat. The moment bila ko boleh tengok gambar your ex, ataupun berhadapan dengan dia sendiri, and you don’t feel anything at all, malah ko boleh lagi nak doakan kebahagian dia dengan orang lain, tak de rase nak dendam pape. Tu lah sebenarnya the moment of truth, moment yang ko dah sebenar benarnya mengikhlaskan segala yang terjadi.
  
Sape yang rase first paragraph aku tu merepek sangat, actually aku pun rase merepek sangat bila orang nasihat macam tu dulu mase first few months benda tu jadi. Aku tahu betapa sakitnya the fact that we no longer have him, when we actually still love him.  Lilahitaala terlalu sakit. Sakit sampai ko rase nak duk sorang sorang menangis and kenangkan ape yang jadi je sampai bila bila, sampai dia datang balik kat ko.  Sape yang kerek sangat cakap lek lek je, buat buat happy, kutuk kutuk balik ex, malam malam ko nangis jugak kan dalam selimut sorang sorang kan kan kan ? Sebab aku pun macam tu dulu. Tak payah la ko nak halang halang diri ko daripda nak nangis nangis semua tu. Nangis la sepuasnya. Masa ko nangis tu la ko boleh muhasabahkan diri ko. Masa ko nangis tu la semua kekuatan tu akan datang. And in the end, ko sendiri yang akan penat nak nangis, penat nak kenangkan ape yang jadi. In fact memang diri ko je yang boleh heal the pain. Datang la kawan ko bagi nasihat sebakul pun, datang la parents ko pujuk segala, kalau hati ko tak ready lagi, ko memang akan tetap macam tu.

In my case, idok la dia 100 % yang bersalah. Idok sama sekali. Satu je kot salah dia, left me bila mana aku masih sayangkan dia sepenuh hati dan perasaan. Tu je. Yang lain tu semua salah aku. So memang patut la aku kena kebal kan. Tapi aku pun pelik cane la boleh tersasar sampai setahun baru boleh nak terima ape yang jadi. Oh, mungkin tu sebenar benarnya rasa ikhlas sayangkan seseorang. So it really takes time la. Nah, persetankan hari hari yang menyakitkan. I indeed have hari hari yang indah dah pun sekarang. So uolls yang terseksa merana sekarang, merana la dulu puas puas. Besok besok hari indah datang menjengah. Come on, hidup ni kan berputar. Tak selalunya kat bawah, and tak selamanya kat atas. Akan ada hari indah tu. Betabahlah ye hati.

Kalau uolls rasa kisah uolls tu boleh jadi macam drama Setia Hujung Nyawa and segala yang sewaktu dengannya, eh tolonglah. Tu drama bersiri, kita ni reality. Tak payah la konon nak bajet bajet ade ending best macam tu. Kalau ade, bertuah sangat la uolls. Aku je la ending harom siket, tapi kejap je la haromnya, sekarang dah syorga. Aku pun tunggu jugak dulu, tunggu konon konon nanti dia datang balik. Banyak kali kot mimpi dia datang balik. Rupanya benar mainan tido semata. Nasib baik mainan tido je, kalau tak idok la aku nak merasa syorga sekarang. Weh, part paling best dalam bercouple is the chasing part. Part usha usha tu. Part yang mula mula tu. Part yang baru nak ‘you panggil I papa tau, I panggil u mama’ ‘ala, I panggil u ddy la, u pnggil I mmy’. Part yang text 24 hours, yang nak gayut aje, nak skype aje. Tu the paling syok habaq hang ! So kesimpulanya, kalau dia is nak break, just let him go. Another new chasing part is waiting for you ! Terus je la macam tu sampai ko jumpa, orang yang seikhlas hati nak nikah ngan ko. Jangan serik nak bercinta. Bila bercinta jangan la 100 % all out, simpan siket untuk diri ko, tak de la ko merana habes bila frust.

Hmm. Anda anda diharamkan buat benda bodoh ya mase tengah frust menonggeng tu. Paling bodoh aku pernah buat is makan panadol 6 bijik. Bodoh gila. Buat pulak time study week. Memang bangang. Gila tak meroyan ko bila dia komen ngan member dia kat FB konon dia nak kawin dah. Harus la nangis separuh mati. Plus duk sensorang kat dalam bilik. Memang menggelupur cari panadol. Bukan niat nak bunuh diri eh, nauzubbilahminzalik. Aku konon nak tido je tak nak fikir benda tu dah dengan hipotesisnya semakin banyak panadol aku makan, semakin lama aku boleh tido. Bangang abadi. Tapi pape pun, terima kasih la awak komen komen macam tu, tu la pembakar semangat saya nak study sungguh sungguh and score sem tu. Tu lah yang awak ‘bgos2..wow..thniah!!’ Tapi percaya lah awak, kalau awak buat lagi sem ni macam tu, saya lek lek je. Even kalau awak post gambar kahwin pun, saya senyum jo. Eh, kalau nak kahwin jangan lupa jemput, lama tak pergi Padang Tembesu. Rindu. Phuii.  

The second stupid thing that you shouldn’t do is, terima orang lain bila mana ko masih meroyan nak dia lagi. Cukup lah ko sorang yang merana, tak payah nak meranakan orang lain sekali.  Tak cakap kosong weh. Aku pernah buat benda nih. Tak tahu setan ape menghasut sampai aku yakin gila, walaupun niat aku baik, tetap setan jugak la tindakan aku. Dengan confidentnya aku msg bf baru aku at that time,padahal mase tu dia xde wat pape pun, ‘kita putus la, sy nak dia lagi, mcm mainkan awak pulak rasa kalau kita couple’ oh danggg ! Idok la exactly macam tu aku msg, tp maksud tersiratnya tu lah. Lepas tu boleh pulak bff msg ‘nape wat macam tu, dia tunggu lama dah, dia dah bgtaw sy dulu dia suka awk before dia bgtaw awk’ Perghh, rase nak hentak kepale kat dinding terus. Lepas tu cakap apa pun memang tak de guna la. And this is really a starter point for me untuk berfikir secara waras. Sampai la aku dah betul betul waras sekarang.

Tak guna disesalkan hakikat percintaan, mungkin terpendam kenikmatan disebalik perpisahan katanya dulu. Even it’s a very long journey for me to find the ‘kenikmatan’, somehow I manage to find it jugak at last. Semua orang pun boleh. It just the matter of time. Aku pun tak caye aku boleh buat entry macam ni bila aku baca entry entry heartbroken yang lepas. Korang baca la semua. Aku dah publish semua yang aku save kat draft. Macam mana loser nya aku dulu. Tak malu dah. Sebab in the end I made it. I really made it. Tq Allah the almighty ! Sungguh Dia sebaik baik perancang.  And Nazmi, ya I’m finally move on. Something yang saya rasa saya tak mampu langsung nak buat dulu. Thanks for a being a part of jatuh bangun dulu. Sungguh awak tak merugikan, tapi mendewasakan. I’m a big girl now, and big girls don’t cry. You are neither an enemy nor a friend, you are just an ex. That’s all.

Fuyoo. Gila panjang entry. Tiga hari kot nak siapkan :P Sorry banyak conflict identity problem dalam entry ni, kejap aku, kejap saya. Hahaha. Sorry jugak sebab huruf semata, tak de pic saya yang gorgeous :P wek.  Till we meet again. Tata.


www.tips-fb.com